di sepanjang jalan usia
tercoret sejuta rasa
suka duka
tangis dan tawa
mencorak dunia kita
di gerbang jalan usia
kita tersedar
betapa perlu bergandingan
betapa perlu bersatu
berkongsi cita matlamat jiwa
tanpa prejudis
tanpa curiga
kisah impian kita
digenggam erat
dipeluk rapat
di penghujung jalan usia
pada sedikit detik yang tersisa
yang kini menguji
melanda
menggelodak jiwa
meniup nafsu dunia
mematikan akal waras
impian yang dulu cerah
kelihatan makin samar
cahayanya hilang
dek kesuraman
indah dunia
jika tangan bergabung semua
jalinan erat jemari
bersalaman
bermaafan
membina semula impian nyata
membina mimpi yang hampir musnah
kerana
mimpi itu
amanah semua

nice!:)
ReplyDelete