1/03/2012

@03 bersatu


"lupakanlah segala persengketaan"
"hubungkanlah tali persaudaraan"
"kerana orang beriman itu bersaudara"

lagu raihan di atas, mungkin lagu nasyid yang paling saya suka... bukan hanya sebab iramanya, tapi sebab lirik yang mendalam... time kecik2 dulu mungkin tak faham maksud sebenar sangat... dah nama pun budak kecik kan... tapi sekarang insha allah dah mula mengerti erti dan pengajaran dalam lagu tersebut... ditambah pula dengan bukti2 dri segala peristiwa yang berlaku pada zaman sekarang...

i'm not so fanatics about politics bit i do follow our current politics... so i have my own interpretation and opinion on that... saya tak berpihak kat mana2 side... well,, nothing is perfect but ALLAH... so, setiap benda ada kelebihan dan kekurangan...

semua orang plus2 mahasiswa mesti tau pasal benda ni.. demonstrasi 'aman' kat depan UPSI.. yup, institusi pengajian tinggi AWAM yang akan melahirkan bakal2 pendidik... pendidik yang akan membentuk generasi masa depan Malaysia yang gemilang.... frankly speaking, sesetengah perkara dalam AUKU (yang mahasiswa ni perjuangkan untuk mansuh) kurang relevan pada zaman sekarang... mungkin... ada la kot beberapa yang kurang sesuai... tapi,, untuk memansuhkan sama sekali AUKU ni macam tindakan yang kurang bernas... bukti: belum pun auku (dh pnat nk caps lock) ni dimansuhkan or dipinda or pa2 je... segelintir mahasiswa dah mula menunjukkan ketidakmatangan dalm berpolitik... terlalu beremosi dalam menuntut perkara ni... sebagai mahasiswa, kita patut lebih bersikap rasional dan waras dalam membuat keputusan... macam mana kita nak tuntut auku dimansuhkan, kalau dah tunjuk perangai mcm tu... bila dah mansuh nanti,, entah makin huru-hara kot negara kita ni... dalam membuat keputusan, dalam memperjuangkan matlamat kita,, bukan kepentingan diri saja yang perlu kita tengok... kita perlu sedalam-dalamnya menilai akibat daripada tindakan kita tu kepada orang ramai... sebab, kita hidup di negara ni bukan sorang-sorang.. kita dak kat dunia ni bukan sorang-sorang... to gain respcet of others, give your respect first...

jangan terlalu terburu-buru dalam memperjuangkan matlamat... akal yang diberikan, guna sebaik-baiknya.. sebab akal tu yang membezakan manusia dengan binatang... buat keputusan tanpa guna akal, macam binatang buat keputusan... saya bukan samakan mana2 pihak dengan binatang... pesanan untuk diri sendiri dan sahabat semua juga.. applicable for all occasions...

just nak kaitkan dengan tajuk my entry.
saya dengan serendah-rendah hati berdoa agar orang Melayu kita boleh bersatu semula... tak perlu ada salah sangka seperti yang berlaku sekarang... kita boleh kuat... tapi cuma perpecahan tu yang menyebabkan kita lemah.... kalau kat negara islam yang lain, contoh lubnan: islam ada islam sunnah n syiah yang sentiasa bertelagah.... biar islam secara umumnya majoriti,, perpecahan antara mereka, menjadikan orang islam di sana minoriti... kristian yang minoriti (ikut komposisi penduduk) jadi majoriti dalm parlimen.. ada hak kuasa yang lebih... saya memang tak mau malaysia jadi macam tu.. sebab saya sayangkan negara saya.... ni je la secebis tanah yang kita orang melayu ada kat dunia ni... kalau tanah kita ni diambil,, mana lagi kita nak mengadu nasib... nak jadi macam yahudi zionis ke?? pi rampas tanah orang... tu sehina-hina ummat tu...

saya menulis entry ni tanpa ada sedikit pun rasa perkauman... saya suka kita hidup aman di negara berbilang bangsa.... itu unik... tapi bertoleransilah sesama kita... dah tau (bukan faham) ada certain thing orang islam tak boleh buat, jangan la galak2 pi kacau benda tu... ada certain2 benda kita tak perlu memahami, cukup untuk megetahui... lagi dalam kita cuma memahami,, lagi kita tak faham benda tu... 

renungilah firman Allah ni.. dari surah ali-imran...

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
credit gmbr: http://shoutulsyabab.blogspot.com

1 comment:

Sila beri tunjuk ajar.. Terima kasih!!!