1/09/2012

@07 pandangan seorang marhaen

this is the hottest topic so far in 2012... kes anwar ibrahim... kes liwat beliau...
the court had their say, "anwar is not guilty"
alasannya bukti DNA tidak mencukupi..
ermmm,, have no idea for that.. from what i've learnt, DNA is the most relevant evidence for this kind of case..

untuk pembangkang, itu berita yang diorang tunggu2
untuk pihak kerajaan, thats certainly now what they hope
on fb, penyokong2 pembangkang mula mencongak teori perdana menteri yg baru..
A.N.W.A.R katanya... gantikan teori 'RAHMAN' konnonnya najib dah jatuh..
ntah lah.. biar diorang berangan dulu...
lets the election prove it...

cuma apa yang nak dikatakan kat sini..
satu benda kita jangan lupa..
dalam kita bergaduh sesama sendiri..
ramai yang bersorak gembira..
tunggu kita jatuh..
kita sedar, tapi usaha ke arah perpaduan itu takde..
tak kira apa2 pun,,
at last kita akan balik kepada kaum keluarga kita..
dalam konteks ni kaum sendiri...
saya lihat orang melayu sekarang..
menang bersorak...
kampung tergadai?? mungkin belum terjadi..
tapi tak mustahil... kalau perangai kita masih ditakuk lama
bukan mengajar untuk jadi rasis
but thats a fact
if the chinese can unite for their race..
why not us???
perlu ke menggadaikan matlamat, tanah air demi untuk kuasa??
kuasa yang mungkin dapat or tak dapat...
kalau kita bersatu je, kita boleh kuat...

saya ada banyak kebimbangan tentang PRU 13 dan tempoh sebelum PRU 14..
mungkin terlalu awal untuk meramal...
melihat pada keadaan sekarang,
DAP akan senang naik takhta... jadi kerajaan?? mungkin
thats not what i want...
bagus juga kalau itu terjadi.. japp... bagus ke??? 
lets look at the positive side first:
sikap DAP yang agak ekstrem n degil dgn diorang punya pegangan dah tunjukkan diorang bukan rakan sekutu yang baik untuk kita... menuntut hak sama rata dgn orang melayu.. n macam2 perkara yang dah banyak lukakan hati orang islam... bila diorang jadi governement mungkin orang2 melayu islam baru mula sedar erti perpaduan tu... we are all human... kita perlukan one turning point yang boleh sedarkan kita... thats probably the good point out of it, tapi terlalu banyak risiko.. so saya tak berharap perkara itu berlaku...

keadaan sekarang pun dah makin tenang.. orang2 pembangkang dah cakap sistem kehakiman negara telus... sbb diorang menang kan?? in fact sebelum ni memang agak telus..myb tak buat keputusan popular.. but who cares?? janji kita cuba mengeakkan keadilan... utk 100% telus tak boleh... mahkamah tu kan manusia juga yang pegang... mahkamah Allah je yang telus semutlak-mutlaknya....

apa kita kita orang melayu, bermaafan sesama kita,, sucikan hati kita,, bersatu... untuk survival bersama,,,
bukan hanya untuk survival politik.. tapi sosial dan ekonomi... jangan hanya tau berceramah,, tapi bangsa sendiri sibuk nak murtad,, miskin, papa kedana... tolong perbetulkan perkara tu.. 

page on facebook tntang golongan murtad yang menghina islam, nabi muhammad, Allah... astagfirullahal'azim...

http://www.facebook.com/groups/117676498244829/

page missionary yang sasarkan orang melayu
http://cogwm.org/upg/index.php?option=com_content&task=view&id=38&Itemid=56

spatutnya isu2 macam ni yang patut kiat tumpukan sekarang...

kami, sama2 rakyat yang beragama islam... tak kira la parti apa pun,,, tetap sayangkan islam... cara mungkin berbeza dek politik.. tapi jangan terlalu memikirkan perbezaan tu.. pandang dan hayati di mana titik persamaan kita... AQIDAH...

assalamualaikum...


1/04/2012

@06 amalina bakri on cam



finally nur amalina bersuara ttg isu ni...
isu gmbr seksi yang hangat kat internet sekarang ni.,..
i'm not here to judge her..
tapi melihat pada pakaian n rambut dia sekarang, terpalit la jugak rasa sedih...
but anyway guys,,
kita doakan yang terbaik untuk dia dan diri kita...
agar kita berhijrah dari baik kpd lebih baik..
yang baik dri isu ni djadikan iktibar, yg buruk tu jadikanlah sempadan...
she used to be my role model.. =(

mcm apa yg dia tulis kat FB dia..

i don't care what people say about me as i wear my pain everyday
but sometimes you have to care..

hanya doa dan nasihat yg dapat kita berikan..




@05 exam mood


wish everyone all de best for final examination..
may Allah bless us...
banyakkan bersolat dan berdoa...
banyakkan study...
insha allah, kejayaan milik bersama...

@04 down the memory lane

kebanggaan anak bangsa..

spm 2007, bes student... from my state, fellow SMKA... 
siapa cakap org melayu tak pndai... indeed, we are brilliant...
well, sapa yang tak kenal...  

***saya cuba untuk mecari gambar nik madihah, pelajar maahad muhammadi yang berjaya dapat 20A (19A1, 1A2) tapi tak jumpa pon...

saya masih lagi ingat waktu form 3 (2005), one of my teacher told us in the class.. ada seorang anak melayu scored straight 17A1 dalam SPM... kami pun terkesima... waaa... pandainya.... seriusly pandai... pastu pakat2 cari newspaper untuk tengok sapakah gerangan yang pandai tu... sebenarnya kisah student skor berbelas A dah ada sebelum tu... contoh: student dari maktab mahmud ada yang dapat 18A.. cuma tak dihebahkan secara meluas macam Amalina... pa2 pun, kejayaan Amalina ni sedikit sebanyak memberi semangat kepada anak2 melayu yang lain macam saya... hehe.. start dari detik tu, tips2 kejayaan diorang cuba saya ikut dengan harapan boleh ubah keputusan exam yang tak berapa nak ok... alhamdulillah PMR dapat ok...

masa form 5 plak, kami ada dengar ada student SMKAY nak ambil 21 subjek utk spm.. giler... mampunya... kami yang 12 subjek ni pun macam dah nazak...huhu.. tak pe la, buat je apa yang boleh... alhamdulillah result spm pon ok kot.. tak dak la berbelas, dekat2 ade la... wupon target berbelas2... berangan betul..

few years after kitorang spm, kerajaan decided to limit subjek yang boleh diambil untuk spm... alasan: menggalakkan perlumbaan nak dapat banyak A... so what??? lagi bagus blumba dlm pelajaran drpd lumba motor scara haram atas jalan... kan... then cakap: bebanan ke atas pelajar.. well, pelajar yang ambil byk subjek tu sedar dia mampu nak ambil semua tu... and they are willing too... ko mampu?? takkan... tu yang ko nak hadkan tu.. sedih la jugak.. tapi its happened for years and the topic is completely isolated from our mind..

just to say, to have these persons as role model is a very good thing... bagi motivasi untuk lagi berjaya... tak perlu nak ambil artis2 yg sexy gila tu... neelofa ok kot... 10A tu... cuma kalau tak sexy lagi bagus... or pkai tudung labuh terus... mcm my school mates...

miss my spm moments.. lagi bagus klu study betul2 time tu... ni tidak, asyik tido dlm klas je...
** pernah kna simbah air sbb tido dlm dwn exam... tahniah...

1/03/2012

@03 bersatu


"lupakanlah segala persengketaan"
"hubungkanlah tali persaudaraan"
"kerana orang beriman itu bersaudara"

lagu raihan di atas, mungkin lagu nasyid yang paling saya suka... bukan hanya sebab iramanya, tapi sebab lirik yang mendalam... time kecik2 dulu mungkin tak faham maksud sebenar sangat... dah nama pun budak kecik kan... tapi sekarang insha allah dah mula mengerti erti dan pengajaran dalam lagu tersebut... ditambah pula dengan bukti2 dri segala peristiwa yang berlaku pada zaman sekarang...

i'm not so fanatics about politics bit i do follow our current politics... so i have my own interpretation and opinion on that... saya tak berpihak kat mana2 side... well,, nothing is perfect but ALLAH... so, setiap benda ada kelebihan dan kekurangan...

semua orang plus2 mahasiswa mesti tau pasal benda ni.. demonstrasi 'aman' kat depan UPSI.. yup, institusi pengajian tinggi AWAM yang akan melahirkan bakal2 pendidik... pendidik yang akan membentuk generasi masa depan Malaysia yang gemilang.... frankly speaking, sesetengah perkara dalam AUKU (yang mahasiswa ni perjuangkan untuk mansuh) kurang relevan pada zaman sekarang... mungkin... ada la kot beberapa yang kurang sesuai... tapi,, untuk memansuhkan sama sekali AUKU ni macam tindakan yang kurang bernas... bukti: belum pun auku (dh pnat nk caps lock) ni dimansuhkan or dipinda or pa2 je... segelintir mahasiswa dah mula menunjukkan ketidakmatangan dalm berpolitik... terlalu beremosi dalam menuntut perkara ni... sebagai mahasiswa, kita patut lebih bersikap rasional dan waras dalam membuat keputusan... macam mana kita nak tuntut auku dimansuhkan, kalau dah tunjuk perangai mcm tu... bila dah mansuh nanti,, entah makin huru-hara kot negara kita ni... dalam membuat keputusan, dalam memperjuangkan matlamat kita,, bukan kepentingan diri saja yang perlu kita tengok... kita perlu sedalam-dalamnya menilai akibat daripada tindakan kita tu kepada orang ramai... sebab, kita hidup di negara ni bukan sorang-sorang.. kita dak kat dunia ni bukan sorang-sorang... to gain respcet of others, give your respect first...

jangan terlalu terburu-buru dalam memperjuangkan matlamat... akal yang diberikan, guna sebaik-baiknya.. sebab akal tu yang membezakan manusia dengan binatang... buat keputusan tanpa guna akal, macam binatang buat keputusan... saya bukan samakan mana2 pihak dengan binatang... pesanan untuk diri sendiri dan sahabat semua juga.. applicable for all occasions...

just nak kaitkan dengan tajuk my entry.
saya dengan serendah-rendah hati berdoa agar orang Melayu kita boleh bersatu semula... tak perlu ada salah sangka seperti yang berlaku sekarang... kita boleh kuat... tapi cuma perpecahan tu yang menyebabkan kita lemah.... kalau kat negara islam yang lain, contoh lubnan: islam ada islam sunnah n syiah yang sentiasa bertelagah.... biar islam secara umumnya majoriti,, perpecahan antara mereka, menjadikan orang islam di sana minoriti... kristian yang minoriti (ikut komposisi penduduk) jadi majoriti dalm parlimen.. ada hak kuasa yang lebih... saya memang tak mau malaysia jadi macam tu.. sebab saya sayangkan negara saya.... ni je la secebis tanah yang kita orang melayu ada kat dunia ni... kalau tanah kita ni diambil,, mana lagi kita nak mengadu nasib... nak jadi macam yahudi zionis ke?? pi rampas tanah orang... tu sehina-hina ummat tu...

saya menulis entry ni tanpa ada sedikit pun rasa perkauman... saya suka kita hidup aman di negara berbilang bangsa.... itu unik... tapi bertoleransilah sesama kita... dah tau (bukan faham) ada certain thing orang islam tak boleh buat, jangan la galak2 pi kacau benda tu... ada certain2 benda kita tak perlu memahami, cukup untuk megetahui... lagi dalam kita cuma memahami,, lagi kita tak faham benda tu... 

renungilah firman Allah ni.. dari surah ali-imran...

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
credit gmbr: http://shoutulsyabab.blogspot.com

1/02/2012

@02 untitled


di sepanjang jalan usia
tercoret sejuta rasa
suka duka
tangis dan tawa
mencorak dunia kita

di gerbang jalan usia
kita tersedar
betapa perlu bergandingan
betapa perlu bersatu
berkongsi cita matlamat jiwa
tanpa prejudis
tanpa curiga

kisah impian kita
digenggam erat
dipeluk rapat
di penghujung jalan usia
pada sedikit detik yang tersisa
yang kini menguji
melanda
menggelodak jiwa
meniup nafsu dunia
mematikan akal waras
impian yang dulu cerah
kelihatan makin samar
cahayanya hilang
dek kesuraman

indah dunia
jika tangan bergabung semua
jalinan erat jemari
bersalaman
bermaafan
membina semula impian nyata
membina mimpi yang hampir musnah
kerana
mimpi itu
amanah semua